5 Cara 'Food Selfie' Yang Digemari Dikalangan Masyarakat Zaman Sekarang .








Menjadi kebiasaan bagi kebanyakan generasi masa kini, apabila pergi melepak di café, restoran mahupun gerai-gerai tepi jalan, pasti mereka akan berselfie dengan makanan dipesan dengan pelbagai cara.
Tapi selalunya korang akan ambil gambar bukan sekali shot, kadang-kadang berkali-kali supaya makanan itu nampak sedap dan menggiurkan.
Orang kata sahaja nak bikin hati kawan-kawan panas kerana dapat menikmati makanan yang digemari itu dengan pelbagai gambar selfie. Jadi portal Murai senaraikan 5 cara selfie makanan yang menjadi pilihan utama ‘food hunter’.


1.Kecerahan cahaya yang tinggi.

Ini memang penting! Tak mungkin nak ambil gambar makan dalam suasana yang suram dan gelap. Kecerahan cahaya yang sesuai dan terang amat diperlukan supaya gambar makanan itu nampak cantik.


2. Pegang makanan sambil buat mimik muka comel

Ini pun salah satu style yang ‘food hunter’ suka buat. Pegang makanan atau minuman, ambil gambar sambil buat mimik muka comel. Selalunya orang perempuan gemar lakukan sebegitu. Kalau kaum lelaki, biasalah akan buat muka macho kalau nak selfie dengan makanan.


3. Ambil gambar dengan pelbagai jenis hastag
Lumrah kepada ‘food hunter’, lepas ambil gambar makanan kemudian muat naik di laman sosial mesti hastag panjang berjela. Orang kata dah jadi trendlah, antara hastag yang selalu diguna pakai, #OOTD#POTD#Akumakankoyangpanas#foodporn dan lain-lain lagi.


4. Latar belakang gambar yang menarik dan unik.
Selalunya nak ambil gambar makanan yang berlatar belakang situasi atau landskap cantik, unik dan menarik. Lokasinya mesti di café-café Hipster atau restoran jenama mewah. Di gerai-gerai biasa bukan tiada tapi agak kurang sikit. Orang kata kalau ambil gambar makanan dengan latar belakang yang cantik, nak beritahu semua kawan-kawan yang kita dah sampai dekat tempat itu.


5. Gigit sedikit makanan dengan kapsyen yang ‘nakal’.
Selalunya orang yang gigit sedikit makanan kemudian ambil gambar dengan kapsyen ‘nakal'. Selalunya ia akan dilakukan terhadap makanan seperti donut, pastry atau pun pencuci mulut. Saja nak bikin panas hati kawan-kawan yang gemar makanan yang manis. Antaranya kapsyen yang ditulis seperti ‘lembutnya dessert ini seperti dipeluk erat kekasih’ atau ‘pegang terasa panas, bila digigit hilang mata hitam’.

0 Response to "5 Cara 'Food Selfie' Yang Digemari Dikalangan Masyarakat Zaman Sekarang . "

Post a Comment