*****Kejadian yg terjadi di Johor Bahru ni telah menggemparkan seluruh kota itu baru-baru ini. Mangsa berkata "saya percaya akan doktor itu , saya hanya mengikut apabila doktor itu menyuruh saya membuka baju dan coli, namun dia meramas dada saya sehingga saya berasa sakit.
*****Mangsa yg bernama Nurul ,34, itu mendakwa dirinya dicabul oleh seorang doktor apabila beliau berasa curiga akan doktor itu menyatakan saiz dadanya dan mengajaknya melakukan hubungan intim. Kejadian yg berlaku di hospital swasta ini telah merubah diri Nurul menjadi takut untuk berjumpa dengan doktor, kerana beliau fobia akan kejadian tersebut.
*****Menurut Nurul, sebelum kejadian , doktor mengarahkannya untuk berbaring sambil memberitahu untuk memeriksa tekaknya yg sakit seperti yg diberitahu oleh Nurul itu.' Dan selepas tekak saya diperiksa , doktor itu mengarah saya untuk membuka baju dan coli sebelum mencabul saya dan mengeluarkan kata-kata berunsur seks sebelum menyuruh duduk sambil mengurut belakang saya.' kata Nurul ketika bertemu ramah dengan Harian Metro hari lepas.
*****Menurutnya, selepas memakai baju , doktor terbabit memeluknya dari belakang dan sekali lagi meramas dadanya itu. Malah doktor itu menarik tangannya untuk memegang kemaluannya , tetapi tindakan itu telah membuatnya terus keluar dari bilik pemeriksaan itu.
*****'Selepas keluar , saya memaklumkan perbuatan keji doktor itu kepada kakitangan hospital di kaunter itu sebelum dibawa berjumpa seorang pegawai untuk berbincang . Dalam perbincangan tersebut, pegawai itu meminta saya tidak membuat laporan polis dan aduan tentang perbuatan itu.' kata Nurul kepada sumber
*****Nurul tidak mengikut permintaan pegawai tersebut dan untuk memastikan dirinya dalam keadaan selamat, Nurul telah melaporkan kepada polis kejadian yg terjadi pada dirinya itu.
0 Response to "[AWAS] Seorang Doktor Sanggup Mencabul Pesakit Akibat Terasa Ghairah Melihat Tubuh Badan Pesakit Itu . "
Post a Comment