Bapa Saudara Dedah Wajah & Nama Bayi Kembar Eina Azman . Comel !




Ramai yang teruja dengan bayi kembar pelakon Datin Paduka Eina Azman dan suami Datuk Paduka Kaiser sejak ia dilahirkan pada 19 Februari lalu.

Bayi kembar yang dilahirkan sepasang lelaki perempuan itu mendapat perhatian peminat Eina yang teruja apabila baru sahaja mendapat tahu berita tersebut.

Keterujaan itu membuatkan ramai yang tidak sabar untuk melihat wajah sebenar dengan lebih dekat bayi kembar tersebut.
Kebetulan menerusi satu akaun laman sosial Instagram milik anak penyanyi, Juliza Adlizan bernama @heyyyadddin atau Addin Arif telah mendedahkan wajah bayi kembar itu secara dekat bersama nama mereka.
Juliza Adlizan merupakan ibu saudara kepada Eina Azman dan secara tidak langsung Addin merupakan bapa saudara kepada kembar tersebut.
Addin menerusi posting tersebut menulis:
‘Just became an uncle, baby twins! Welcome to the #family’

Nama bayi kembar itu sangat unik. Addin mendedahkan nama bayi lelaki itu Karl Kareef manakala bayi perempuan bernama Arianna Aubrey.

Sepasang bayi kembar tu dilahirkan di sebuah hospital swasta Kuala Lumpur pada jam 4.05 petang 19 Februari lalu.

Cantik nama tu ! Untung Eina Azman dapat kembar .. :)

0 Response to "Bapa Saudara Dedah Wajah & Nama Bayi Kembar Eina Azman . Comel !"

Post a Comment