Subhanallah ! Dengan Kuasa Allah, Sahabat Baik Ini Telah Menjadi Adik Beradik.
*****Siapa sangka dua sahabat baik yang bekerja di sebuah hospital di Fl0rida, Amerika Syarikat rupa-rupanya adalah adik beradik yang sudah lama terpisah sejak 40 tahun yang lalu...
~~ Holly Hoyle O’Brien dan adiknya Meagan Hughes merupakan anak yatim dari kecil telah terpisah semasa di Korea selepas bapa mereka maut digilis kereta api pada tahun 1970-an. Selepas itu, ibu tiri mereka membawa si adik pergi dan menyebabkan H0lly terpaksa diserahkan kepada rumah anak yatim sebelum diambil sebagai anak angkat 0leh suami isteri warga Amerika pada tahun 1978....
~~ Walaupun Holly atau nama asalnya Pok Nam Shin telah dibantu 0leh keluarga angkatnya di Virginia untuk mencari semula adik kandungnya, namun usaha mereka gagal kerana tidak menemui sebarang rekod adiknya itu....
~~ Manakala adiknya Eun Sook Shin juga membesar di rumah anak yatim selepas kematian ibu tiri nya telah diambil sebagai anak angkat oleh sebuah keluarga yang juga dari Amerika dan membesar di New York dan diberi nama baru, Meaghan Hughes....
~~ Segalanya sudah tersusun rapi dan ditakdirkan pada awal tahun ini, H0lly ditugaskan di Bayfr0nt Health Port Charlotte di unit pembedahan dan secara kebetulan Meagan juga diterima bekerja di situ sebagai pembantu fisi0terapi...
~~ Apabila sudah menjadi sahabat baik pastinya menceritakan mengenai latar belakang masing-masing. Jadi di situlah mulanya mereka rasakan seperti ada sesuatu sejarah antara mereka. Akhirnya mereka membuat ujian DNA pada musim panas lalu dan mengesahkan bahwa kedua-duanya sebenarnya adik-beradik kandung...
0 Response to "Subhanallah ! Dengan Kuasa Allah, Sahabat Baik Ini Telah Menjadi Adik Beradik."
Post a Comment