Bapa gadis tersebut, Hashim Abdul Karim hanya mengetahui perkara malang yang menimpa anaknya ini selepas dihubungi oleh pihak polis pada jam 2.30 pagi.
Laporan polis telah dibuat oleh abang mangsa, Saifuddin Hashim. Dia memaklumkan kepada pihak polis, adiknya telah dibelasah teruk oleh teman lelakinya, Nehan bin Salim kerana mengesyaki mangsa mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain sebelum mengurung mangsa di sebuah rumah di Jalan Tembaha Kuning 3, Taman Sri Skudai.
Mangsa telah dibawa oleh ahli keluarganya ke Hospital Kulai untuk rawatan.
Difahamkan, mangsa dikatakan tidak pulang ke rumah menyebabkan keluarganya risau dan tercari-cari sebelum dimaklumkan mengenai kejadian yang menimpa mangsa. Ahli keluarga juga pernah menasihati mangsa agar tidak bergaul dengan lelaki itu, malangnya tidak diendahkan.
Berikutan kejadian itu, kakak mangsa, Nurul Saiyidah memuat naik beberapa gambar kesan kecederaan pada mangsa seperti kedua-dua mata bengkak dan lebam serta luka di kepala sehingga terpaksa dijahit di laman Facebook dengan harapan netizen membantu mencari lelaki berkenaan untuk dikenakan tindakan undang-undang.
"Semasa dalam perjalanan, adik saya beritahu bahawa lelaki itu mahu menjualnya dan membunuh salah seorang ahli keluarganya. Jadi saya buat laporan agar polis mengambil tindakan sewajarnya," katanya.
Mangsa telah dibawa oleh ahli keluarganya ke Hospital Kulai untuk rawatan.
Difahamkan, mangsa dikatakan tidak pulang ke rumah menyebabkan keluarganya risau dan tercari-cari sebelum dimaklumkan mengenai kejadian yang menimpa mangsa. Ahli keluarga juga pernah menasihati mangsa agar tidak bergaul dengan lelaki itu, malangnya tidak diendahkan.
Berikutan kejadian itu, kakak mangsa, Nurul Saiyidah memuat naik beberapa gambar kesan kecederaan pada mangsa seperti kedua-dua mata bengkak dan lebam serta luka di kepala sehingga terpaksa dijahit di laman Facebook dengan harapan netizen membantu mencari lelaki berkenaan untuk dikenakan tindakan undang-undang.
0 Response to "Kulai - Gadis 18 Tahun Dibelasah & Dikurung Oleh Teman Lelaki Kerana Disyaki Curang"
Post a Comment