(Video) Mereka Mengikat Kami Di Katil Dan Dan 'Menyeksa' Kami Bergilir-Gilir – Wanita Rohingya!! Tak Ada Yang Bantu Mereka Di Sana


Sudah banyak kita dengari tentang kekejaman tentera Myanmar terhadap saudara Islam kita di Rohingya. Begitulah satu kisah sedih dan perit seorang wanita Rohingya, Habiba yang mencerita dia dan adiknya telah diikat pada katil dan dirogol bergilir-gilir oleh tentera Myanmar.

Dua beradik ini sekarang sedang berada di kem pelarian di Bangladesh yang mana dia menceritakan bahawa betapa sukar hidup di situ dengan ketiadaan makanan namun setidak-tidaknya mereka tidak lagi diseksa dan diancam untuk dibunuh.

Habiba dan adiknya, Samira, 18 tahun telah dirogol di kediaman mereka di Kampung Udang oleh tentera Myanmar yang mana kemudiannya rumah mereka itu dibakar oleh tentera-tentera tersebut.

"Mereka kebanyakannya membakar kediaman, membunuh beberapa orang termasukla bapa kami, dan merogol gadis-gadis muda." kata Habiba yang membenarkan nama sebenarnya diguna ketika ditemu bual oleh wartawan Times of India.

"Seorang askar memberitahu kami supaya melarikan diri atau mereka akan membunuh kami jika menemui kami sekali lagi sebelum mereka membakar keluarga saya." ceritanya lagi.

Dia dan adiknya melarikan diri selepas membawa semua wang simpanannya yang berjumlah kira-kira AS $400 (RM1,700) dan berjalan menuju ke Sungai Naf yang memisahkan sempadan Rakhine dan Bangladesh.

Mereka bersembunyi di kawasan bukit bersama beberapa keluarga Rohingya lain sebelum menemui seorang pemilik bot yang bersedia membawa mereka menyebarangi sungai tersebut. Dia memberi semua wangnya kepada pemilik tersebut yang kemudiannya meninggalkan mereka di sebuah pulau.

0 Response to "(Video) Mereka Mengikat Kami Di Katil Dan Dan 'Menyeksa' Kami Bergilir-Gilir – Wanita Rohingya!! Tak Ada Yang Bantu Mereka Di Sana"

Post a Comment